Membaca merupakan satu proses dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga ditakrifkan sebagai proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar belakang pembaca (Anderson & pearson, 1984). Menurut kamus Dewan edisi keempat 2008, perkataan ‘membaca’ membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandungannya.
Robert
Lado (1964), menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada
bentuk tulisnya manakala Steinbeg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai
satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk
bertulis. Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, membaca sebagai proses pembaca
mengenal lambang-lambang tulisan, menterjemahkan kepada bentuk bunyi yang
dilambangkan dan mendapat makna bagi bentuk tulisan
tersebut.
Seterusnya,
membaca boleh ditinjau dalam dua perspektif iaitu membaca sebagai proses
pembentukan makna dan membaca sebagai proses memilih dan mengambil
tindakan. Dalam memahami konsep ini, seseorang itu tidak dikatakan
membaca jika tidak memahami makna perkataan bahan yang dibaca. Sehubungan itu,
dalam memahami makna perkataan ia sememangnya mempunyai kaitan dengan latar
belakang dan pengalaman seseorang. Hal ini kerana, pengetahuan sedia ada yang
banyak dapat melancarkan proses membaca bahkan memudahkan seseorang untuk
memahami sesuatu makna bahan bacaan yang dibaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan