Pentaksiran membaca merupakan kemahiran
penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Pentaksiran kemahiran membaca
penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Pentaksiran ini
boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian. Kemahiran
membaca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancar serta
sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik membaca.
Ciri-ciri Pentaksiran Membaca
Terdapat beberapa ciri-ciri pentaksiran.
Antaranya ialah merupakan satu proses yang berterusan. Pentaksiran tiada masa
untuk dihentikan kerana guru-guru harus selalu pantau anak-anak muridnya dan
membaca. Selain itu, menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang. Dengan
pentaksiran, kita boleh mengetahui tahap kemajuan seseorang pelajar dengan
melihat tahap pembacaannya. Tambahan pula, pentaksiran menghendaki sampel kerja
dan murid yang mencukupi. Bukan itu sahaja, malah ciri-ciri pentaksiran ialah
boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri. Murid-murid juga boleh
menaksir penilaian pembacaan mereka sendiri dengan melihat kemampuannya membaca
sesuatu. Pentaksiran juga terbuka dan tidak mempunyai batasan. Akhir sekali,
teknik penilaian seharusnya memberi peluang kepada murid dengan merasai
perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.
Matlamat Dalam Pentaksiran Membaca
Matlamat dalam pentaksiran kemahiran
membaca terbahagi kepada tiga bahagian iaitu matlamat persepsi, matlamat
kognitif, dan matlamat afektif. Matlamat persepsi ialah matlamat yang ada dalam
penilaian. Murid-murid harus prihatin terhadap kebolehan. Mereka bolah
menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatu konsep perkataan.
Seterusnya, matlamat kognitif ialah untuk
mencapai matlamat ini dalam pentaksiran, keprihatinan harus ditumpukan terhadap
jenis aras pemikiran yang digunakan semasa membaca. Selain itu, matlamat
afektif pula harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang
dibaca. Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar
pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks.
Proses Pentaksiran Membaca
Proses pentaksiran membaca ini juga
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian mengenal pasti idea keseluruhan,
mengenal idea utama dan sokongan, dan membuat ramalan dan kesimpulan.
Mengenal pasti idea keseluruhan ialah mesej utama yang disampaikan oleh
penulis. Murid-murid boleh mendapat idea daripada penulis. Selain itu, mengesan
pandangan, pendapat, dan emosi penulis. Seterusnya mengenal pasti prinsip
penulisan. Sebagai contohnya, mengelaskan mengikut kronologi, pengelasan
mengikut hierarki dan pengelasan mengikut ciri-ciri.
Mengenal idea utama dan keterangan pula
ialah dengan mengetahui idea utama. Idea utama selalunya mempunyai satu atau
lebih idea utamanya. Selalunya idea utama hadir selepas penanda wacana. Jadi
murid-murid boleh mengambil ayat selepas penanda wacana itu sebagai idea utama.
Satu idea utama akan berada dalam setiap perenggan. Seterusnya, untuk mencari
idea dan keterangan perlu ada sokongan. Apabila kita membaca sesuatu ayat
selepas idea yang kita ambil, mungkin itu ialah sokongan untuk idea yang kita
peroleh tadi. Sokongan itu ialah huraian atau keterangan yang menyokong idea
utama. Sokongan ini juga perlu disertai dengan contoh-contoh.
Membuat ramalan dan kesimpulan boleh
dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat. Isi –isi ini amat penting untuk
membuat kesimpulan dan ramalan. Kita harus membaca dan teliti seluruh teks
supaya dapat mengesan isi penting di dalam sesuatu karangan untuk membuat
kesimpulan. Tetapi, tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.
Ramalan dan keterangan ini lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.
Secara kesimpulannya, pentaksiran membaca
juga dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia
adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran
membaca bagi setiap murid-murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan