Masalah membaca merupakan masalah yang sangat kritikal jika tidak dibendung. Ini kerana seluruh sistem pembelajaran murid akan lumpuh andainya mereka menghadapi masalah dalam bacaan. Oleh itu, kami mengemukakan beberapa punca yang menjadi sebab berlakunya masalah ini yang dipengaruhi oleh beberapa faktor.
1.
Faktor fizikal
a) Penglihatan
Penglihatan
merupakan pancaindera yang sangat berharga. Masalah penglihatan yang dihadapi
oleh seseorang akan menyebabkan kesukaran untuk mencerap imej huruf yang
dipaparkan dalam bentuk bertulis. Terdapat beberapa faktor yang menjadi
penyumbang kepada ketidakupayaan membaca yang berkaitan dengan penglihatan
iaitu :
· Juling : memfokuskan
kedua-dua mata ke arah yang sama sehingga imej suatu benda kelihatan tidak sama
saiz dan bentuknya.
· Rabun : tidak
dapat melihat pada jarak yang jauh untuk rabun dekat, manakala tidak
berkeupayaan melihat jarak yang dekat untuk rabun jauh.
· Astigmatism : penglihatan
yang kabur diakibatkan kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua
hujung retina.
·
Amblyopiks : satu
keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak.
b) Persepsi Penglihatan
Pelajar
yang mempunyai persepsi yang bercelaru akan menyebabkan kesukaran untuk
membaca. Sebahagian daripada simptomnya ialah :
· Perkataan kelihatan seolah-olah satu
pencampuran huruf yang tidak bermakna, seperti muzik menjadi mzuki.
· Huruf atau perkataan menjadi terbalik
seperti contoh “b” menjadi “d”, atau “bas” menjadi “das”.
· Jika jenis percetakan atau saiz huruf
bertukar, pelajar tidak dapat mengenal pasti huruf yang sebenar.
·
Satu perkataan kelihatan seperti imej
cermin.
·
Pelajar tidak dapat membezakan suku kata.
Kesemua
masalah penglihatan ini perlu diketahui perbezaannya agar kanak-kanak dapat
diberikan rawatan yang betul. Kebanyakan masalah tidak berkeupayaan membaca
dapat diselesaikan dengan memperbetulkan aspek penglihatan kerana masalah
inilah yang mengakibatkan ketidakupayaan membaca semula.
c) Pendengaran (Auditori)
Dalam pembelajaran membaca, pendengaran yang mempunyai masalah yang teruk juga
menjadi impak negatif kepada seseorang pelajar. Pelajar yang mempunyai masalah
pendengaran yang ringan boleh membantu dengan teknik yang dapat meningkatkan
perbendaharaan kata. Mereka yang mempunyai masalah pendengaran juga akan
menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Contohnya,
kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vokal “a” dengan bunyi vokal “e”,”u” dengan “o” dan “i” dengan “e”.
Kerencatan pendengaran juga terdapat dalam dua kategori iaitu kerencatan
sementara dan kerencatan kekal. Kerencatan sementara boleh dirawat dengan
mendapatkan rawatan doctor perubatan biasa seperti pembersihan lubang telinga
atau mengambil antibiotik, tetapi kerencatan yang kekal perlu kepada rawatan
pakar, sama ada rawatan jangka panjang atau memerlukan pembedahan. Guru
pemulihan tidak dapat melakukan kedua-dua jenis rawatan ini. Hanya doktor
perubatan dan pakar Telinga, Hidung dan Tekak (Ear, Nose and Throat-ENT) sahaja
yang boleh melakukan.
d) Pertuturan
Terdapat
beberapa punca yang menjadi permasalahan dalam pertuturan. Contohnya:
1. masalah emosi,
2.kelewatan pertumbuhan,
3.kurang pendengaran,
4.pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap,
5.sumbing dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak.
Melalui punca-punca ini, simpton-simpton seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, petuturan spastik dan sebagainya boleh didapati daripada pelajar. Namun, tidak semua punca masalah pertuturan ini boleh mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca. Jika ada pun, kesannya ialah kesan tidak langsung iaitu kesan psikologikal.
1. masalah emosi,
2.kelewatan pertumbuhan,
3.kurang pendengaran,
4.pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap,
5.sumbing dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak.
Melalui punca-punca ini, simpton-simpton seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, petuturan spastik dan sebagainya boleh didapati daripada pelajar. Namun, tidak semua punca masalah pertuturan ini boleh mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca. Jika ada pun, kesannya ialah kesan tidak langsung iaitu kesan psikologikal.
2. Faktor Neurologikal
Neurologikal
ialah kajian yang berkaitan dengan system saraf iaitu system saraf manusia
termasuklah system dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang
pelbagai) dan sebahagian organ reseptor. Sebahagian daripada bahagian neurologi
ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehan membaca. Faktor neurologi
berkaitan dengan masalah kesihatan yang diakubatkan oleh jangkitan kuman atau
prakelahiran.
a) Kerosakan Otak
Kerosakan
otak boleh diakibatkan oleh kecederaan, penyakit atau kesan bahan toksik yang
mencemarkan otak atau bahagian otak. Kecederaan otak juga boleh terjadi sejak
lahir (pre-natal neurological
disorder). Ini semua akan
menyebabkan lesion atau perubahan yang luar biasa terhadap bentuk. Biasanya
pengesanan terhadap kecederaan otak ini boleh dilakukan menerusi electroencephalogram (EEC), tetapi tidak semua
keputusan ujian EEC bertetapan walaupun disertakan dengan kajian sejarah
kelahiran.
b) Neurologi Tidak Berfungsi
Bahagian
otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau sebahagian otak yang tertutup
sebahagiannya sejak dilahirkan. Buta perkataan bagi orang dewasa juga boleh
diakibatkan oleh serangan jantung, Hyperlexia ialah seseorang yang lambat
perkembangan Bahasa dan akal. Simpton ini juga menyebabkan masalah tidak
berkeupayaan membaca dan pembelajaran yang serius.
3. Faktor Keturunan
3. Faktor Keturunan
Terdapat kajian yang mengatakan faktor keturunan kuat mempengaruhi kemampuan
untuk belajar. Contohnya kanak-kanak kembar, kembar seiras dan kembar seibu (identical and fraternal twin),
menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian. Kembar seiras lebih rapat
hubungannya dalam pencapaian daripada kembar seibu. Begitu juga kajian yang
mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga
membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih
lemah dalam pencapaian membaca berbanding dengan anak yang berasal daripada
keluarga yang tahu membaca.
Namun demikian, pengaruh persekitaran juga amat penting untuk melihat
pencapaian kanak-kanak. Oleh itu, beberapa perkara yang penting dalam keluarga
ialah bagaimana ahli keluarga menyediakan persekitaran membaca yang banyak, minat
ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak dalam pelajaran dan model Bahasa yang
ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.
4. Faktor Emosi
Lazimnya
bukan emosi yang mempengaruhi kejayaan membaca tetapi kegagalan dalam membaca
akan mengganggu emosi seseorang pelajar. Pelajar yang gagal membaca akan
mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas, gagal
dan sebagainya. Namun demikian, ada juga kanak-kanak yang mempunyai
masalah emosi yang mengganggu pencapaian mereka dalam pelajaran umumnya
dan membaca khasnya, Kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar dan kes perpecahan
keluarga boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada kanak-kanak. Kanak-kanak
tertekan juga boleh menyebabkan emosi mereka terganggu.
v 5.Faktor Sosioekonomi
Status sosioekonomi
(SES) kerap menjadi salah satu pemboleh ubah dalam kajian yang berkaitan
pencapaian pelajar untuk membaca. Kanak-kanak dari SES rendah selalunya
mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak-kanak SES tinggi selalu mendapat
pencapaian yang tinggi juga. Keturunan kaum dan perbezaan budaya juga boleh
mempengaruhi pelajaran dalam membaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan