Bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran membaca, guru perlu menggunakan pendekatan mengajar yang sesuai. Pemilihan pendekatan ini pula perlu mengambil kira aspek kebolehan membaca pelajar, teks yang digunakan serta pengalaman pelajar.
PENGAJARAN MEMBACA ASAS
Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar
membaca beberapa kemahiran membaca yang biasa pada situasi membaca yang
pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan.
Pendekatan asas juga menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji
perkara yang sudah diajar sebelumnya. Penambahan kepada perkara yang sudah
diajar dalam pengajaran membaca dapat membantu menguasai kemahiran membaca.
Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu diperkenalkan dalam gaya yang sistematik.
Perkataan dan elemen-elemen perkataan dikawal dan diperkenalkan merujuk kepada
andaian bilangan perkataan yang dapat dipelajari dalam waktu tertentu.
Kaedah Pengajaran Membaca Asas
Pendekatan ini penting dikuasai tama pada
peringkat awal penguasaan kemahiran membaca . Guru perlu memikirkan kebolehan
pelajar serta pengalaman membaca terdahulu. Prinsip pengajarannya dinyatakan
seperti pengajaran perkembangan kemahiran dan pelajaran membaca secara terarah.
Pengajaran perkembangan kemahiran ialah guru menuliskan perkataan di papan
hitam. Di samping itu, guru membulatkan perkataan yang mempunyai bunyi yang
sama. Manakala pelajaran membaca secara terarah pula terbahagi kepada lima cara
iaitu motivasi, persediaan latar belakang, menetapkan tujuan, membaca semula
secara senyap ataupun lisan secara terarah, dan tindak balas dan perluasan.
Pendekatan Teknologikal
Unsur yang utama dalam pendekatan ini
adalah keupayaan menghasilkan pengajaran berurutan dapat dilakukan semula pada
masa yang lain. Pendekatan ini menekankan perkara yang dapat dirasai oleh
pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini juga dilabelkan sebagai
sistem membaca berdasarkan objektif, program berdasarkan kriteria, membaca
berdasarkan kecekapan, sistem pengurusan kemahiran, dan membaca berdasarkan
perspektif diagnostik.
Pendekatan Pengalaman Bahasa
Pendekatan ini sering digunakan kepada
pelajar-pelajar terutama yang mempunyai perbezaan linguistik. Kelebihan
pendekatan ini menurut Lewis (1990) adalah :
1. Dengan menggunakan
bahasa lisan pelajar dapat mencerminkan penguasaan sintaksis dan struktur ayat.
2. Penggunaan perbendaharaan
kata menggunakan bahan bacaan berdasarkan bahasa dan pengalaman pelajar. Perkataan
itu mencerminkan kandungan teks bagi memudahkan pelajar membina makna. Pelajar
yang mempunyai pengalaman bahasa mudah menguasai teks. Dapatan ini menjadi
pendorong kepada pembaca peringkat awal dan melahirkan sikap positif dalam
membaca.
3. Menggabungkan penulisan
dalam mengarang cerita daripada pengalaman individu ataupun kumpulan.
4. Dalam menggunakan
pendekatan ini, adalah penting menggunakan keupayaan bahasa pelajar. Guru perlu
tekal dalam menggunakan bahasa lisan pelajar. Apabila guru hendak menilai
secara autentik, guru itu seharusnya memfokuskan kepada kiu sintaksis sebagai
kemahiran membaca pada masa hadapan.
5. Bahan
seperti cerita daripada individu dapat dituliskan. Apabila kumpulan cerita itu
dituliskan, perbendaharaan kata dan sintaksis dapat dikembangkan.
6. Pendekatan ini dapat
disepadukan dengan pendekatan yang lain. Guru boleh memulakan pengajaran
membaca dengan pendekatan ini dan kemudian dengan memperkenalkan pendekatan
berasaskan kesusasteraan.
7. Mengikut kajian,
penggunaan pendekatan ini di prasekolah bertambah secara positif (Stahl,1990).
Pendekatan ini melibatkan aktiviti belajar
termasuk hubungan antara pemikiran, pertuturan, penulisan dan membaca. Guru
merangsang pelajar mengenai perkara atau peristiwa. Contohnya binatang, teka
kata, masalah, isu, pemerhatian individu. Di samping itu, pelajar digalakkan
melahirkan secara lisan pemikirannya mengenai situasi itu. Pelahiran ini
berdasarkan huraian secara situasi, analisis masalah dan cadangan penyelesaian
daripada perkara yang pernah dilihat. Perkara itu ditulis oleh pelajar dan dihantar
kepada guru. Perkara yang sudah difikirkan, diucapkan dan ditulis dapat dibaca
dengan bermakna.
Pendekatan Membaca Individu
Melalui pendekatan ini, penekanan
diberikan kepada tahap yang berbeza dalam pembacaan individu serta pelajar
memilih bahan bacaannya dan mengaitkan dengan keperluan, minat dan keupayaan
membaca. Guru membantu cara memilih buku dengan cara penyiringan serta menerangkan
kesukaran ketika membacanya.
Pendekatan Pembacaan Lisan
Pendekatan ini sesuai kerana buku yang
mengandungi bahasa yang mempunyai ciri pengulangan sesuai bagi bacaan lisan.
Guru membacakan cerita kepada kelas dan pelajar mengikuti bacaan guru secara
kuat. Mereka berbincang berkenaan cerita dan membacanya sekali lagi. Dalam
pendekatan ini, guru memilih perkataan dan frasa secara individu serta
menekankan pembacaan lisan. Bacaan secara koral atau berkorus juga digunakan
secara berkesan dalam kumpulan pelajar pelbagai etnik. Penggunaan pembacaan
koral juga meningkatkan pemerolehan bahasa kedua pelajar dengan mencipta
persekitaran kebimbangan yang rendah, meliputi latihan pengulangan, berdasarkan
kepada input yang dapat difahami, dan drama yang digabungkan.
Pendekatan Pembacaan Asas
Beberapa perkara yang perlu diberikan
perhatian apabila guru menggunakan pendekatan ini adalah :
1. Mengembangkan konsep latar
belakang dan perbendaharaan kata sebelum membaca.
2. Mahir mengemukakan
soalan semasa membaca senyap bagi mengenal pasti dan menghapuskan kekeliruan
serta bagi meningkatkan pemahaman pelajar.
3. Penegasan lebih khusus ke
atas kemahiran mendengar bahasa berbanding membaca lisan.
Pertimbangan di atas sangat penting bagi
semua pendekatan membaca dan perlu apabila membina rancangan bacaan. Pelajar
kadangkala bimbang apabila membaca secara kuat, terutama dalam kumpulan yang
ramai. Menggabungkan pendekatan kesusasteraan dengan mengajar asas membaca dan
menjadikan pengajaran lebih menarik. Penggabungan penggunaan bahan
kesusasteraan dengan pembacaan asas secara sepadu sangat memberikan faedah
kepada pelajar.
Pendekatan Mengajar Bacaan Peringkat Awal
Terdapat beberapa pendekatan mengajar
peringkat asas iaitu :
1. Pendekatan Binaan (Sintektik)
a. Kaedah abjad
Murid-murid perlu dilatih menyebut dan
menghafal huruf daripada ‘a’ sehingga ‘z’, kemudian murid mengeja suku kata dan
perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.
b. Kaedah
suku kata
Lanjutan daripada kaedah abjad. Penekanan
diberikan kepada dua jenis huruf iaitu vokal dan konsonan. Huruf konsonan
dicantumkan dengan huruf vokal bagi menjadi suku kata. Suku kata pula
digabungkan menjadi perkataan. Perkenalkan dahulu kata suku kata terbuka
sebelum suku kata tertutup.
c. Kaedah fonik
Bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf
diperkenalkan terlebih dahulu dan bukannya nama huruf. Kemudian bunyi-bunyi itu
digabungkan menjadi perkataan. Kaedah ini sukar dilaksanakan terutamanya dalam
membunyikan huruf konsonan.
2. Pendekatan Cerakinan (Analitik)
a. Kaedah perkataan
Perkataan diperkenalkan dengan menggunakan
kad perkataan. Sambil menunjukkan kad imbasan, minta murid menyebut perkataan
itu beberapa kali. Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan.
b. Kaedah ayat dan cerita
Menekankan ayat sebagai unit yang bermakna
dalam bacaan. Lebih menumpukan kepada bahan bacaan berbentuk cerita.
Pendekatan PEBAS iaitu Pendekatan Bacaan
Asas Pusat Perkembangan Kurikulum
Pendekatan Gabungan Bunyi Kata
Asas pendekatan berasaskan faktor berikut :
1. Sistem
ejaan bahasa Melayu bersifat fonemik.
2. Kebanyakan
suku kata bahasa Melayu mudah dan jelas.
3. Perkataan yang mula diperkenalkan
sudah difahami makna oleh murid.
Pendekatan Abjad Dan Suku Kata
1. Murid mengenali huruf dan hubungannya
dengan bunyi.
2. Huruf konsonan digabungkan dengan
huruf vokal supaya menjadi suku kata.
3. Unit-unit kecil digabungkan dengan
vokal supaya menjadi suku kata.
4. Gunakan
latih tubi sehingga kemahiran diperoleh.
5. Pengukuhan diberikan dengan penulisan.
Prinsip Mengajar Bacaan Peringkat Awal
1. Penguasaan bahasa lisan
Pilih perkataan yang sudah ada dalam
pengalaman murid dan pernah dituturkan.
2. Penglihatan
Bentuk dan nama huruf serta susunannya
yang pernah dilihat memudahkan murid membacanya.
3. Pendengaran
Latih tubi mengeja suku kata menajamkan
pendengaran kanak-kanak bagi mengenali bunyi-bunyi yang sama dan berbeza dalam
perkataan.
4. Hubungan
huruf dan bunyinya.
Berikan tumpuan kepada hubungan antara
huruf dan bunyi dengan memberikan latihan secara intensif.
5. Peraturan membaca kiri dan
kanan
Ikut peraturan membaca tulisan rumi.
6. Gabung jalin dengan semua
aspek bahasa
Kemahiran mendengar dan bertutur dan
diikuti dengan kemahiran menulis.
7. Menimbulkan dan menghidupkan
minat murid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan