Pemilihan
bahan bacaan yang betul sangat penting dalam pembacaan. Ia perlulah bersesuaian
dengan peringkat umur. Hal ini disebabkan penggunaan kosa kata yang berlainan
dan berbeza mempengaruhi kefahaman terhadap seseorang mengikut peringat
umurnya. Secara umumnya, bahan bacaan merangkumi buku, akhbar, majalah dan
lain-lain lagi. Oleh itu, guru-guru sering menghadapi masalah dalam memilih
bahan bacaan untuk pelajar.
Terdapat
dua jenis bahan bacaan iaitu bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen. Bahan
bacaan fiksyen ialah bahan yang biasanya dibaca pada waktu lapang dan
digolongkan dalam bahan bacaan yang ringan. Sebaliknya, bahan bacaan bukan
fiksyen pula ialah bahan bacaan ilmiah dan mengandungi pelbagai maklumat yang
penting di samping penggunaan Bahasa yang tinggi.
Jenis-jenis
bahan bacaan
1. Bahan Bacaan Mekanis (Bersuara)
.jpg)
Orang
yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang
tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan
mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh
mengelompokkan kata-kata dengan baik dan cepat agar jelas maknanya bagi para
pendengar.
Membaca
mekanis merupakan satu keterampilan yang serba rumit dan kompleks yang menuntut
pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduks suara yang
tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa, membaca mekanis
yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan (pronounciation)
daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi
pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan sejumlah keterampilan serta minat.
Untuk
membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara mekanis ini, pembaca
haruslah dapat terlebih dahulu menguasai keterampilan persepsi yang melibatkan
penglihatan dan daya tanggap yang membolehkan kita mengenal, memahami kata-kata
dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama pentingnya adalah kemampuan
mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan
baik dan lancar.
2. Bahan Bacaan Mentalis (Senyap)
Membaca
senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang
melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan.
Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman.
Dibandingkan dengan membaca nyaring, membaca dalam hati atau membaca senyap
adalah lebih ekonomis, dan dapat dilakukan di mana-mana sahaja.

3. Bahan Bacaan Intensif (Pantas dan
Imbasan)
Bacaan
intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara
saksama yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan
bacaan. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan unsentif ini adalah membaca
telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam telaah isi ini, membaca teliti,
membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan.
Bacaan
insentif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan
dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.
Bacaan tersebut juga memberi penekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian
bahasa itu dalam konteks dan situasi berlainan.
Bacaan
insentif boleh juga dibaca dengan dua cara. Salah satu daripadanya ialah
membaca pantas. Bacaan pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang
dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuannya adalah untuk menjimatkan
masa. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu laju tidak semestinya baik.
Sebaik-baiknya, kadar kelajuan membaca haruslah disesuaikan dengan apa yang
dibaca dan tujuan membaca ketika itu.
Membaca
yang dilakukan dalam keadaan yang terlalu pantas akan menyebabkan pembaca
kehilangan isi-isi penting yang diperlukan atau gagal menggarap keseluruhan
konsep yang cuba diketengahkan. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu
perlahan tidak pula menguntungkan kerana hanya akan membazirkan masa. Membaca
pantas hanya boleh berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam.
Ini
kerana dalam bacaan kuat atau bersuara, pembaca akan menurunkan keupayaan
membaca mereka pada kadar kelajuan bercakap. Sewaktu membaca kuat, pembaca akan
melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia.
Selain
daripada membaca pantas keduanya ialah bacaan imbas yang dikenali sebagai
scanning adalah kegiatan membaca yang dilakukan secara sepintas lalu. Hal ini
disebut sebagai tinjauan. Biasanya sebelum kegiatan membaca itu dilakukan,
pembaca akan meneliti terlebih dahulu bahagian-bahagian buku atau apa sahaja
yang harus ditelaah. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal dan
gambaran keseluruhan tentang buku tersebut sebelum ia menjadi pilihan untuk
dibaca.
4. Bahan Bacaan Ekstensif
.jpg)
5. Bahan Bacaan Rekreasi

6. Bahan Bacaan Kritis
Bacaan
kritis ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara bijaksana, penuh
ketelitian, mendalam, evaluatif serta analitis. Bacaan tersebut tidak hanya
tertumpu kepada kesalahan-kesalahan atau kelemahan yang terdapat dalam
bahan-bahan yang dibaca. Membaca kritis biasanya berdasarkan keupayaan memahami
yang tinggi.
Proses
bermula dengan penggalian yang mendalam di bawah permukaan untuk menemukan
bukan hanya keseluruhan kebenaran tentang apa yang diperkatakan, tetapi juga
menemukan alasan-alasan mengapa penulis mengetengahkan perkara yang
dibincangkan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan